Rabu, 12 Februari 2014

berbasikal untuk kesihatan,,,,,,,,

Faedah Mengayuh Basikal


Basikal Giant ni dah lama aku beli. Masa beli dulu semangat aku tengah membuak buak nak menjaga kesihatan. Dengan kerja yang banyak di pejabat memang sukar nak berjoging ataupun pergi ke gym dengan kerap. Bila di fikir fikir aku rasa membeli basikal senaman ini adalah langkah terbaik bagi menjaga kesihatan. Pertama sekali mungkin lebih menjimatkan masa dan boleh bersenam mengikut kesesuaian waktu yang aku ada.
Aku ada sebuah lagi basikal Mountain Bike tapi lebih banyak di simpan dari di gunakan. Mengapa lebih banyak di simpan. Seperti biasa ada saja alasan aku. Hari panaslah, nak hujanlah, kereta banyak di jalanrayalah, yang sebenarnya aku yang malas nak mengayuh basikal. Lebih rela menggunakan motosikal untuk membeli akhbar di hari minggu walaupun kedai tak lah jauh mana pun. Manusia ni kan ada sikap hidup nak senang sentiasa :)
Hari ni cerita utama bukan pasal kemalasan aku nak berbasikal. Rasanya sindrom malas nak kayuh basikal ni mesti ada pada semua orang. Nak berkongsi cerita sedikit pasal kebaikan yang ada pada aktiviti berbasikal. Aku pasti semua orang akan bersetuju kalau aku katakan berbasikal adalah salah satu kaedah senaman yang paling baik bagi kita. Malahan dikatakan berbasikal adalah lebih baik dari berjoging.
Mengayuh basikal akan menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan , perut dan sebagainya. Malahan berbasikal dapat mengelakkan kecederaan lutut bagi orang yang sudah berusia berbanding dengan berlari. Di kampung kampung masih boleh di lihat ramai warga emas yang gemar menggunakan basikal. Kebanyakkan dari mereka bertubuh tegap dan masih sihat walaupun usia telah melebihi angka 70 tahun. Keupayaan mereka berbasikal menggambarkan yang mereka ini bebas dari sakit sakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Berbasikal juga membuktikan yang mereka ini tidak nyanyuk dan memiliki otak yang sihat. Tahukah kita orang gila tidak boleh berbasikal. Berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan yang tinggi bagi menyeimbangkan badan. Ini tidak mampu di lakukan oleh orang yang tidak waras. kalau tak percaya anda ambil basikal dan beri pada orang gila, mesti dia akan kayuh masuk ke dalam sungai. Sebab tu kita katakan orang gila otak tak centre. Bunyinya melucukan tetapi ianya telah disahkan oleh pakar. (Orang gila dan bodoh bodoh alang tidak sama yer :) )
Baru baru ini sekumpulan doktor pakar saraf dari University Gothenburg Sweden menyatakan berbasikal adalah cara yang paling baik untuk bebas dari Migrain (sakit kepala). Hasil kajian yang telah mereka lakukan ke atas pesakit migrain mendapati berbasikal akan menghasilkan tindak balas yang mampu menghilangkan stress dan membaiki kualiti tidur dan ianya akan menstabilkan denyutan di kepala. Lama kelamaan pesakit akan sembuh secara semula jadi.
Banyak sangat kelebihan berbasikal. Kalau nak cerita lagi nanti panjang berjela jela tak lalu pula korang nak baca. Sekarang ni ada bermacam macam jenis basikal kesihatan yang di jual. Dari yang murah sampailah kepada yang semahal mahalnya. Yang paling penting sekali di sini ialah disiplin. Kalau kita beli basikal tapi tak ada disiplin dan kekuatan dalam diri maka nanti jadilah basikal tu seperti tukun tiruan di dalam lautan haha :) .
Apa pandangan korang tentang aktiviti berbasikal. Rajin rajinlah yer berbasikal. Jimat, murah dan yang paling penting dia menjauhkan kita dari penyakit. Oh! yer. Kalau anda tidak sihat jangan lakukan apa apa aktiviti senaman. Ianya amat merbahaya kepada nyawa anda. Pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu dan sekiranya tiada apa apa yang membimbangkan bolehlah bersenam seperti biasa.

                                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan