Selasa, 9 September 2014

PARA PEJUANG YANG MENENTANG DAJJAL DAN YAHUDI,,,

Mujahidin yang bakal berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab
Mujahidin yang berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab Di dalam hadis terkenal yang selalu kita dengar, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ؛ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi Yahudi dan membunuhi mereka, sampai ketika Yahudi bersembunyi di balik batu atau pohon, batu dan pohon itu berkata: ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku, kemari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon gharqad, (dia tidak berbicara) karena dia dari pohon Yahudi.”Bilakah kejadian ini berlaku?Dalam suatu hadits Rasulullah s.a.w. bersabda:فَبَيْنَمَا إِمَامُهُمْ قَدْ تَقَدَّمَ يُصَلِّي بِهِمُ الصُّبْحَ إِذْ نَزَلَ عَلَيْهِمْ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ الصُّبْحَ فَرَجَعَ ذَلِكَ الْإِمَامُ يَنْكُصُ يَمْشِي الْقَهْقَرَى لِيَتَقَدَّمَ عِيْسَى يُصَلِّي بِالنَّاسِ، فَيَضَعُ عِيْسَى يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ لَهُ: تَقَدَّمْ فَصَلِّ، فَإِنَّهَا لَكَ أُقِيْمَتْ. فَيُصَلِّي بِهِمْ إِمَامُهُمْ فَإِذَا انْصَرَفَ قَالَ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: افْتَحُوا الْبَابَ. فَيُفْتَحُ وَوَرَاءَهُ الدَّجَّالُ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ يَهُودِيٍّ كُلُّهُمْ ذُو سَيْفٍ مُحَلَّى وَسَاجٍ فَإِذَا نَظَرَ إِلَيْهِ الدَّجَّالُ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ وَيَنْطَلِقُ هَارِبًا وَيَقُولُ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: إِنَّ لِي فِيْكَ ضَرْبَةً لَنْ تَسْبِقَنِي بِهَا. فَيُدْرِكُهُ عِنْدَ بَابِ اللُّدِّ الشَّرْقِيِّ فَيَقْتُلُهُ فَيَهْزِمُ اللهُ الْيَهُودَ فَلَا يَبْقَى شَيْءٌ مِمَّا خَلَقَ اللهُ يَتَوَارَى بِهِ يَهُودِيٌّ إِلَّا أَنْطَقَ اللهُ ذَلِكَ الشَّيْءَ لَا حَجَرٌ وَلَا شَجَرٌ وَلَا حَائِطٌ وَلَا دَابَّةٌ إِلَا الْغَرْقَدَةَ فَإِنَّهَا مِنْ شَجَرِهِمْ لَا تَنْطِقُ إِلَّا قَالَ يَا عَبْدَ اللهِ الْمُسْلمَ، هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ اقْتُلْهُ“… Ketika tatkala imam mereka sudah maju untuk mengimami shalat subuh, tiba-tiba turunlah kepada mereka ‘Isa bin Maryam pagi itu. Karena itu, imam tersebut mundur agar Nabi ‘Isa q maju mengimami mereka. Lalu Nabi ‘Isa meletakkan tangan beliau diantara dua pundak imam tersebut dan berkata: ‘Majulah, karena untukmulah shalat ini diiqamatkan.’ Imam itu pun mengimami mereka. Setelah selesai, Isa a.s. berkata: ‘Bukalah pintu.’ Pintu itu dibuka, ternyata di baliknya ada Dajjal bersama 70.000 Yahudi bersenjata pedang berhias dan berjubah hijau.Ketika Dajjal melihat ke arah Isa a.s., dia pun meleleh seperti garam dalam air. Dia berbalik melarikan diri. Nabi Isa berkata, ‘Sungguh aku memiliki sebuah pukulan yang engkau tidak akan mendahului aku dengannya.Kemudian Isa mendapatkan Dajjal di Bab Al-Lud sebelah timur dan membunuhnya. Ketika itu, Allah mengalahkan Yahudi hingga tidak ada suatu makhluk pun yang Yahudi bersembunyi padanya kecuali Allah jadikan ia berbicara, baik dia batu, pohon, tembok, maupun haiwan, semua berbicara –kecuali pohon gharqad, sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi– semua berbicara: Wahai hamba Allah, muslim, ini Yahudi, kemari dan bunuhlah dia…”hadis tentang bilangan orang Arab pada akhir zaman Dalam hadis lain nabi menceritakan bilangan orang2 Arab ketika itu :-Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya, “Pernah Rasulullah s.a.w. berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah oramg-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Sedang Imam mereka tampil ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang Subuh tiba-tiba turun kepada mereka Isa Ibn Maryam pada waktu subuh itu. Imam itu pun undur kebelakang supaya Isa tampil ke hadapan (untuk menjadi imam). Maka Isa pun meletakkan tangannya diantara dua belikat Imam itu kemudian berkata kepadanya, “Pergilah ke hadapan dan imamkanlah sembahyang kerana iqamat tadi untukmu. Maka Imam mereka itulah yang menjadi imam sembahyang kepada mereka”. (Ibid j.2 ms.65)Nabi menjelaskan bil. orang2 arab pada masa itu sedikit sahaja. Ada beberapa kemungkinan kenapa orang2 arab sedikit pada ketika itu iaitu :-1) Peperangan berterusan di timur tengah yang melibatkan orang2 arab seperti sekarang di Syria dan di semenanjung Gaza dan di PalestinHakim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya, “Akan berlaku fitnah yang mana daripada fitnah itulah lahir seorang manusia sebagaimana lahirnya emas di lombong. Oleh itu janganlah kamu memaki penduduk Syam..."(sambung)- (Mustadrak Al-Haakim j.4 ms 553).2) Peperangan dengan orang2 Rom dalam al Malhamah al Kubra ( peperangan besar ) / Armageddon yang di ketuai oleh imam Mahdi :-Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di antara kamu dan orang-orang Rom akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”. Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik”. (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.66)3) Peperangan dengan tentera Sufyaani dari Syam :-Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Akan keluar panji-panji hitam anak cucu Al Abbas. Kemudian keluar daripada Khurasan panji-panji hitam yang lain. Songkok mereka hitam, pakaian mereka putih. Mereka dipimpin oleh pemuda yang dipanggil Syua’ib bin Soleh daripada Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan tentera Sufyaani sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis. Dia meratakan jalan untuk kekuasaan Al Mahdi dan membantunya dengan 300 orang tentera daripada Syam. Jarak masa di antara keluarnya dengan masa ia menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi ialah 72 bulan.” (Ibid j.2 ms.6)Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, “Bendera-bendera akan keluar untuk memerangi tentera Sufyaani. Di kalangan mereka ada pemuda Bani Hasyim. Di tapak tangan kirinya ada tanda. Tenteranya diketuai oleh seorang dari Bani Tamim dipanggil Syua’ib bin Soleh. Dia akan mengalahkan tentera-tentera Sufyaani”. (Ibid j.2 ms.69)Haakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” (Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)4) ramai orang2 arab terutamanya di Madinah ( arab saudi ) dibunuh oleh tentera syufyani kerana mencari keturunan imam Mahdi, iaitu dari bani Hasyim : -Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya, “Bila terhenti perdagangan dan jalan-jalan fitnah banyak berlaku, akan keluarlah 7 orang ulamak dari pelusuk dunia yang berlainan (tempatnya) dengan tidak berjanji. Setiap orang dari mereka dibai’ahkan oleh tiga ratus dan belasan orang lelaki sehinggalah mereka berjumpa di Mekah. Maka bertemulah 7 orang itu. Sebahagian mereka bertanya kepada sebahagian yang lain, “Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?” Mereka berkata, “Kami datang mencari orang yang sepatutnya fitnah-fitnah ini tenang di tangannya dan Konstantiniyyah akan ditaklukinya. Kami mengenalinya dengan namanya, nama ayahnya, nama ibunya dan tenteranya. Maka ketujuh orang ulamak itu bersepakat di atas perkara tersebut. Mereka pun mencarinya dan menemuinya di Mekah. Mereka berkata kepadanya, “Engkaulah fulan bin fulan?” Dia menjawab “Tidak; Bahkan saya adalah daripada Ansar”. Sehinggalah dia melepaskan diri dan lari daripada mereka. Tujuh orang ulamak itu pun menggambarkan sifat-sifatnya kepada orang-orang yang mengetahui tentangnya dan mengenalinya, maka dikatakan, “Itulah orang yang kamu cari! Dia sudah pergi ke Madinah”. Mereka pun pergi mencarinya di Madinah tetapi dia melarikan diri pula. Mereka datang pula ke Mekah mencarinya dan menemuinya lalu berkata, “Engkau fulan bin fulan? Ibumu fulanah binti fulan? Padamu ada tanda begini….begini….engkau telah melarikan diri daripada kami sekali. Sekarang hulurkanlah tanganmu untuk kami berbai’ah denganmu.” Dia berkata, “Aku bukan orang yang kamu cari itu!” Sehingga ia melarikan diri daripada mereka. Mereka mencarinya semula di Madinah, dia pula datang ke Mekah. Kemudian mereka menemuinya di Mekah dekat Rukun dan Maqam. Mereka pun berkata kepadanya, “Engkaulah tangggung dosa kami dan darah-darah kami dipikul olehmu jika engkau tidak hulurkan tanganmu untuk kami berbai`ah denganmu. Ini tentera-tentera Sufayaani telah pun menghadap untuk mencari kita. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki daripada Hiram”. Maka dia pun duduk di antara Rukun dan Makam Ibrahim serta menghulurkan tangan lalu dibai’ahkan kepadanya. Ketika itu Allah campakkan perasaan kasih sayang kepadanya di dalam hati manusia dan dia pun bersama golongan yang bagaikan singa-singa di waktu siang dan bagaikan rahib-rahib di waktu malam.” (Ibid j.2 ms.72)5) Peperangan saudara kerana berebut takhta Khilafah : -"Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau." [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi ].(*kemungkinan takhta itu merujuk kepada raja Arab Saudi)Harus kita faham, melalui kronologi2 hadis, bani Israel akan berperang dan dibunuh oleh orang Islam setelah kematian Dajjal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s.. Mereka (Israel) bangsa yang pengecut seperti yang digambarkan dalam al-Quran surah al-maidah ayat 25 maksudnya :"Mereka berkata; Wahai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini sahaja".setelah Nabi Isa turun dari menara kota Damsyik dan membunuh Dajjal, maka sedarlah bangsa Israel bahawa Dajjal yang mereka anggap sebagai Al- Masih yang mereka tunggu2 selama ini sebenarnya pendusta, ini ditambah lagi dengan kedatangan Nabi Isa yang menguatkan lagi kebenaran agama Islam. tetapi semuanya sudah terlambat,semenjak Allah memerintahkan Nabi s.a.w. memalingkan kiblat dari Palestin ( al-Aqsa) ke mekah dan Allah telah menutup hati2 mereka semenjak itu.Akhirnya mereka melarikan diri bersama-sama dengan Al-masih mereka (Dajjal) balik ke negara haram Israel, tetapi Dajjal dapat dibunuh oleh Nabi Isa di kota Ludd dalam wilayah Israel juga. Setelah itu terjadilah perang antara bangsa israel dan umat Islam. setelah bangsa Israel dibunuh itu barulah muncul yakjuj Makjuj kali ke-2jika bilangan orang arab sedikit, maka dari kaum manakah yang akan turut berperang dengan orang Israel nanti? mungkinkah kaum Melayu bani Jawi juga akan turut serta? atau mungkinkah tiada kaum lain? ini kerana setelah umat Islam berjaya membunuh bangsa Israel, yakjuk makjuj muncul dan umat islam terpaksa melarikan diri ke bukit Turr bersama sama Nabi Isa dan Imam Mahdi.. mungkinkah bilangan umat Islam ketika itu sedikit? ini ditambah pula dengan bilangan jemaah yang dapat memuatkan masjid Umawi / menara putih sebelah timur ’ Dimasyq tempat nabi Isa turun.“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”Ibnu Katsir berkata: “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab saya baca beliau turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Karena di Damsyiq tidak dikenali ada menara di bagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai karena beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk shalat, lalu imam kaum Muslimin (al-imam al-mahdi) berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami shalat.” Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahwa Isa Alaihissolatu wassalam berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah untuk umat ini.” (Shahih Muslim) Jadi mustahil bilangan jemaah masjid sampai berpuluh ribu kerana kawasan masjid tidaklah begitu besar.. jika dikatakan mustahil umat islam sedikit, kerana jumlah tentera yahudi Dajjal ialah 70,000, bagaimana mungkin mereka dapat tewaskan sebegitu ramai? kita katakan mereka semua yang mencium nafas nabi Isa a.s. akan mati ..Allah maha mengetahui..

Sabtu, 6 September 2014

tentang imam mahdi muntazor...ra

Dalam rangkaian 1400 hijrah.. 2 atau 3 (20/30) (1420 H/1430 H..) ... Al Mahdi Al Amin keluar memerangi dunia..
(A10) MANUSKRIP DI TURKI RAMALAN PERANG DUNIA KETIGA
Nabi memang pernah menceritakan segala hal peristiwa besar yang bakal terjadi di masa mendatang. Waktu itu sehabis Isya' , Nabi memberi pengajian tak seperti biasa. Isinya mengenai kejadian-kejadian penting yang akan terjadi di masa mendatang sampai hari kiamat.
“Tak ada seorang pemimpin pun di masa mendatang yang memimpin 300 orang atau lebih kecuali aku diberitahukan nama dan ciri-cirinya,”. Begitu mahfum Nabi.
Seorang sahabat berkata , kami malam itu bersaing adu hafalan tentang nubuwah-nubuwah nabi itu. Kami tak sanggup menghafal semua nama-nama itu (mungkin kerana nama-nama non arab dan lokasi kejadiannya yg futuristik). Sebut misalnya Nabi menyebut kata Jirman (Jerman) , Hitler , Ar-Rusy (Rusia) , dll. Para sahabat masih susah menghafal nama-nama seperti Anwar Sadat , Saddam , Nasher , dll. Atau lokasi seperti Mesir , negeri isra’ miraj (palestina israel) , bani israil dll.
Hal itu terungkap di sebuah manuskrip kuno. Belum lama ini telah ditemukan manuskrip tentang nubuwah masa depan ini di Turki.
Ini adalah perkataan nabi di manuskrip yang ditulis ulang oleh peneliti berjudul : “Salam wa Harb fi Akhir Zaman ar Rabb“.
“Perang akhir zaman adalah Perang Dunia , yakni kali ketiga sesudah dua perang besar sebelumnya. Banyak sekali yang mati di dalamnya. Perang dikobarkan oleh seorang laki-laki yang merupakan kucing besar di negeri gelas dan mahkota di kepala. Sementara Perang Kedua dikobarkan oleh seorang laki-laki yang nama panggilannya adalah Tuan Besar dan seluruh dunia memanggilnya Hitler”. (riwayat Abu Hurairah)
Abu Hurairah –menjelang maut– berkata : “Dalam rangkaian (hitungan) Hijrah sesudah seribu tiga ratus (tahun) , dan mereka mengikat perjanjian yang disitu Raja Roma melihat bahwa perang semesta dunia pasti terjadi. Allah menghendaki terjadinya perang. Dan waktu tidak berjalan tanpa perjanjian dan perjanjian. Lalu berkuasalah seorang laki-laki dari negeri yang bernama JIRMAN , bernama Al-HIRR. Ia ingin menguasai seluruh dunia. Memerangi semua bangsa di negeri-negeri salju dan kebaikan. Ia bergerak dengan murka Allah sesudah beberapa tahun api (menyala). Ia ingin membunuh rahasia Ar-RUSY atau Ar –RUS.
Dalam rangkaian Hijrah sesudah seribu tiga ratus (tahun) , terhitung lima atau enam , Mesir diperintah oleh seorang laki-laki yang dipanggil dengan “NASHIR“ yang disebut bangsa Arab sebagai “Sang Pemberani dari Mesir“. Allah membuatnya hina dalam perang dan perang , dan ia tidak memperoleh kemenangan. Kemudian Allah menghendaki Mesir memperoleh kemenangan di bulan-bulan yang mereka cintai , dan itu adalah untuk-Nya. Mesir diterima sebagai pemelihara al Bait dan Arab , dengan seorang laki-laki bersama SADA , ayahnya ANWAR. Akan tetapi ia berdamai dengan pencuri Masjid Al Aqsa di negeri Al-Hazin. Di Irak muncul seorang laki-laki yang bertindak sewenang-wenang…… dan……. Sufyani. (ada data yang hilang)
Di salah satu matanya terdapat tanda sedikit kemalasan. Namanya Ash-SHADDAM , yakni penghancur orang-orang yang bersekutu untuk menentangnya di Kuwait kecil yang dimasukinya. Ia adalah MAHDUN. Tidak ada kebaikan bagi SUFYANi kecuali dengan Islam. Ia baik dan buruk , dan kecelakaan bagi pengkhianat Al-MAHDI yang terpercaya.
Dalam rangkaian Hijrah seribu empat ratus (tahun) dan hitungan dua atau tiga……. (ada data yang hilang) Al-MAHDI AL AMIN keluar dan memerangi seluruh dunia dan menghimpun orang-orang sesat dan dimurkai Tuhan , dan orang-orang yang terseret dalam kemunafikan di bumi Isra’ dan Mi’raj di tepi bukit MAJIDUN.
Dalam perang itu keluar seorang ratu dunia , pelaku makar dan pelacur. Namanya AMIRIKA. Ia menggoda dunia waktu itu dalam kesesatan dan kekafiran. Sementara itu Yahudi dunia saat itu berada di tempat yang paling tinggi. Mereka menguasai seluruh Al QUDS dan Al MADINAH Al MUQADDASAH (Kota yang disucikan).
Semua negeri datang dari laut dan udara , kecuali negeri salju yang menakutkan dan negeri panas yang menakutkan. AL MAHDI melihat bahwa seluruh dunia melakukan makar buruk kepada dirinya dan ia melihat bahwa makar Allah lebih hebat lagi. Ia melihat bahwa seluruh alam Tuhan berada dalam kekuasaannya. Akhir dari perang itu ada di tangannya, dan seluruh dunia merupakan pohon yang dimilikinya dari dahan hingga ranting-rantingnya.
Di tanah Isra’ dan Mi’raj terjadi perang dunia yang disitu Al Mahdi memberi peringatan kepada orang-orang kafir bila mereka tidak mau keluar. Maka orang-orang kafir dunia berkumpul untuk memerangi Al Mahdi dalam pasukan sangat besar yang belum pernah dilihat sebelumnya. Dalam kelompok kekuatan Yahudi Al KHAZAR dan Bani Israel masih terdapat pasukan lain yang tidak diketahui jumlahnya. Al Mahdi melihat bahwa siksa Allah sangat mengerikan dan bahwa janji Allah benar-benar telah datang dan tidak diakhirkan lagi. Kemudian Allah melempari mereka dengan lemparan yang dahsyat. Bumi , lautan dan langit terbakar , untuk mereka, dan langit menurunkan hujan yang sangat buruk. Seluruh penduduk bumi mengutuk orang kafir dunia , dan Allah mengizinkan lenyapnya seluruh orang kafir di Perang DAJJAL , dan perangnya terjadi di negeri Syam dan kejahatan………”.
__
Itu adalah sebagian petikan dari isi buku tentang nubuwah tersebut. Manuskrip langka tersebut berasal dari abad ke 2 H ditulis oleh salah seorang Tabi’at – Tabi’in yang berasal dari Syam (wilayah Lebanon , Palestina). Manuskrip ini tersimpan di perpustakaan Turki di Istanbul.

Selasa, 19 Ogos 2014



Imam Mahdi Telah Tiba, Ini Tanda-Tandanya
( nota : Untuk pembacaan sahaja )

Imam Mahdi (ilustrasi)
Hadis tentang kelahiran dan kemunculan Imam mahdi ;
Ummu Salamah ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda: "Imam Mahdi itu dari keluargaku dari keturunan anak Fatimah" (Sunan Abu Dawud Kitab Al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al-Mahdi, Ibn Majah, Al Hakim dan At Thabra)
Abu Sai'id al-Khudriy ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda:"Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidung-nya, pada masanya dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun" (HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al- Mahdiy )
Tanda-tanda yang sudah terjadi tentang kemunculan Imam Mahdi;

1. Gerhana matahari dan bulan (1981 dan 1982)
"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut-turut 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)
"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)
"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)
"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)
Jika kita melihat dari dalil-dalil di atas maka sadarilah bahwasanya tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi ini sudah terjadi. Yaaaa, gerhana bulan dan matahari pernah dicatatkan terjadi pada bulan Ramadhan pada tahun 1981 dan 1982.
2. Bintang berekor atau komet (1986)
"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar)
"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)
Jika kita melihat kepada dalil-dalil di atas, Nabi pernah mengatakan bahawa antara tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya bintang berekor(komet). Yaaaa, bintang berekor atau komet ini pernah tercatat melintasi bumi pada tahun 1986. Komet ini merupakan sebuah bintang terang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982.

3. Perang di bulan Syawal.
"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). "(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)
Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq. Pemberontakan(huru hara) pertama atas Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980).

Bila kita melihat kepada dalil-dalil di atas, coba kita perhatikan satu persatu bahawa semua tanda-tanda itu terjadi dalam jarak tahun yang dekat. Berawal dari tahun 1976 ketika huru hara pertama pemberontakan atas Raja Iran yaitu Shah Iran Pahlevi (jatuh pada tahun 1979) pada bulan Syawal. Dan peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 pada bulan Dzulhijjah. Setelah itu terjadi 2 gerhana dalam bulan Ramadhan pada tahun 1981-1982 (2 tahun berturut-turut). Dan yang akhirnya berlaku pula lintasan bintang berekor(komet halley) mendekati bumi dari arah timur ke barat pada tahun 1986.

Apakah Imam Mahdi Telah Lahir

Imam Mahdi
Tanda-tanda yang Nabi kabarkan ini benar-benar telah terjadi. Sekitar dari tahun 1976 hingga tahun 1986. Jika berdasar kepada hadis-hadis Nabi tadi maka Imam Mahdi akan muncul ketika telah terjadi tanda-tanda tersebut. Adakah hal-hal ini berarti beliau telah menampakkan diri di dunia ini?? Jika demikian, di mana Imam Mahdi sekarang???

Hadis tentang kemunculan Imam Mahdi itu bahasa kiasan yang bisa kita andaikan bahwa beliau telah hadir dalam artian telah lahir. Bukan telah muncul keberadaannya. Kemungkinan Imam Mahdi telah lahir (hadir di dunia ini) pada tahun 1981 atau 1982 ketika terjadiya 2 gerhana dalam 1 bulan (Ramadhan) dulu.

Jika Imam Mahdi telah dilahirkan pada tahun 1981 maka umur Imam Mahdi sekarang sekitar 33 tahun (perkiraan). Diceritakan bahwa Imam Mahdi akan menampakkankan dirinya ketika berumur 40 tahun (kemungkinan). Seperti Nabi Muhammad yang diangkat menjadi nabi dan rasul pada umur 40 tahun.
"Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Ka'bah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Jika ketika umur 40 tahun Imam Mahdi mulai menampakkan dirinya dan memimpin dunia ini. Jika umur kepemimpinan beliau yang 40 tahun dikurangi 33 tahun umurnya sekarang maka diperkirakan 7 tahun lagi Imam Mahdi akan memimpin. Secara perhitungan kasar ini kemungkinan Imam Mahdi akan muncul dengan cara di bai'at oleh sekitar 313 orang di samping Ka'bah.

Imam Mahdi akan menghentikan kekacauan dunia.

Seperti yang sudah diketahui bahwa munculnya (kehadiran) Imam Mahdi ini terjadi disaat dunia ini berada dalam huru hara, kacau bilau, peperangan dan pembunuhan dimana-mana. Maka munculnya Imam Mahdi ketika itu untuk mengamankan dunia kembali dalam pemerintahannya yang adil. Rasulullah bersabda;
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahlul bait ku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
Perhatikan dan amati baik-baik setiap kejadian yang terjadi ahir-ahir ini. Berawal dari tahun ini (2014) untuk ke tahun 2021 (+71 tahun). Selama 7 tahun kedepan diperkirakan akan terjadinya perang dunia ke 3. Peperangan yang akan mematikan begitu banyak nyawa manusia. Pembunuhan di sana sini. Dunia menjadi huru hara. Tak pernah terjadi lagi dalam sejarah manusia kekacauan yang seperti itu lagi nanti. Ketika dunia berada dalam kekacauan itu selama 7 tahun kedepan, maka disaat itulah Allah izinkan Imam Mahdi menampakkan diri untuk memimpin manusia dan memerintah dunia ini dengan keadilan dan keamanan.

Pada waktu Imam Mahdi muncul, dunia dalam kondisi kacau. Kemaksiatan merajalela, perang antara negara melanda dunia. Perang saudara menjalar, perang antara kelompok, suku, etnik, golongan, organisasi dan aliran terjadi di mana-mana. Penguasa menindas, menginjak, memeras dan merampas hak rakyatnya. Coba lihat kembali dari keterangan hadis di atas.
Perang Dunia ke 3

Ketika terjadinya perang dunia ke 3 itu, bom nuklir akan diledakkan. Menyebabkan Radioaktif bertebaran di seluruh dunia (membunuh begitu banyak umat manusia). Radioaktif bumi akan terganggu dan sistem teknologi listrik tidak mampu untuk berfungsi lagi. Maka menyebabkan sistem teknologi elektronik (Pesawat Tempur, Tank dan senjata-senjata canggih) tidak mampu berfungsi lagi. Dunia kembali seperti zaman dahulu. Dimana berperang dengan menggunakan senjata-senjata kuno seperti pedang, anak panah, pasukan berkuda dan sebagainya. Mustahilkah jika dunia akan berperang seperti zaman dahulu?? Tidak mustahil. Semua ini bisa terjadi dengan Kehendak Allah.
Sayyidina Ali Ra berkata;
“Sebelum munculnya al-Mahdi, pasukan berkuda as-Sufyani akan menyerang Kufah. Penduduk Khurasan pula (sibuk) keluar mencari al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan itu bertemu dengan pasukan al-Hasyimi (yang berada) di tengah-tengah Panji-panji Hitam, di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh. Penduduk Khurasan (yang dipimpin oleh at-Tamimi dan al-Hasyimi) berpapasan dengan pasukan as-Sufyani di kawasan yang berbatu dan terus terjadi pertempuran yang sengit. Dalam pertempuran itu, yang unggul adalah pasukan yang membawa Panji-panji Hitam, manakala pasukan as-Sufyani melarikan diri. Ketika itulah umat manusia (sangat-sangat) berharap agar dapat menemui al-Mahdi, dan mereka terus mencarinya.”
Khurasan = Tanah Matahari Terbit atau disebut juga sebagai Land Where The Sun Rises atau The Eastern Land, dan wilayahnya membentang dari Negara Iran, Afghanistan, Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan. (Khorasan dalam bahasa Persia artinya: Khor (berarti Matahari) dan asan (atau ayan artinya datang, akan datang) jadi artinya : “Tanah dimana Matahari Terbit” – Red)

Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,
“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentara berkudanya ke Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentara yang lain seramai 15,000 orang juga, yang berkendaraan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para pengikutnya. Maka pasukan tentara yang pertama tadi sampai ke Kufah, berhasil menaklukkan kota itu, lalu memusnahkan apa saja, dari kaum perempuan dan anak-anaknya, di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat) dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan anak-anak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari..............."
Coba lihat pada perkataan yang bergaris hitam itu. Pasukan berkuda... Maknanya akan menunggang kuda. Akankah zaman itu masih berperang menaiki kuda ?? Sebab itulah teori yang mengatakan bahawa gangguan kekuatan listrik di bumi akan terganggu dan manusia akan kembali berperang menggunakan cara lama.. Wallahu a'lam.

Namun bisa pula berati kuda yang dimaksud disini adalah kuda besi. Kuda pada jaman dahulu digunakan sebagai kendaraan. Jadi yang dimaksud dengan tentara berkuda pada hadis di atas adalah tentara angkatan darat modern.

Ciri-ciri Imam Mahdi

Ini hanyalah teori berdasarkan hadis Nabi Muhammad. Hakikatnya kita tak tahu kapankah tahun kemunculan Imam Mahdi. Postingan ini dikutip bukan untuk dipercayai 100%. Tapi sebagai persiapan awal untuk kita menghadapi zaman itu nanti. Bertaubat lah segera mungkin. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita ini termasuk di dalam Tentara/Pasukan Imam Mahdi. Berhati-hatilah, Fitnah Dajjal sungguh dahsyat...

Satu hal yang harus diyakini pembaca sekalian, bahwa Imam Mahdi tidak akan pernah memproklamirkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Jika ada seseorang yang mengaku-ngaku sebagai Imam Mahdi, 100% itu adalah kebohongan yang akan menyesatkan. Berawal dari 2014 ini nantikan saja huru-hara didunia akan semakin carut marut. Apakah itu perang dunia, bencana atau yang lainnya hanya Allah yang Maha Tahu. Puncaknya 2018 dunia akan semakin kacau dan yang namanya negara Amerika Serikat akan terhapus dari peta dunia.

Imam Mahdi tidak akan turun sebelum kita mengalami masa yang sulit-sesulitnya. Allah akan menguji sampai titik penghabisan iman kita. Kebanyakan umat tertipu pada awal kemunculan Imam Mahdi. Sebagian besar akan menolak dan enggan berbai'at karena tipisnya iman di dalam dada. Bahkan tidak sedikit yang memusuhi seorang Imam Mahdi walupun sebelumnya sangat menanti kehadirannya. Penduduk Kota Mekkah dan Madinah pun tidak luput diuji, dengan gempa bumi dengan sangat-sangat dahsyat untuk mengeluarkan kaum munafik dari kota suci. Jadi pengikut Imam Mahdi nanti hanya sedikit tetapi dengan kualitas iman yang telah teruji.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)
Oleh sebab itu, berawal dari sekarang (2014), kita hendaknya bersiap diri untuk menghadapi semua ini. Pengikut Imam Mahdi bukanlah orang sembarangan, memohonlah kepada Allah agar kita semua dijadikan sebagai pengikutnya Imam akhir jaman.

Tahun 2021disini bukanlah patokan. Cuma sebagai peringatan kita semua bahwa kita telah berada di akhir zaman. Mulai sekarang jangan main-main dengan sisa waktu yang tinggal sedikit ini.

Hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya...

.... Wallahu a'lam......ﺻَﻞّ ﷲٌ ﻋَﻞِ ﺳَﻴﺪِﻧَﺎ ﻣٌﺤﻤّﺪ
Diedit dari : bahagiaselalu89.blogspot.com
Pada menjelang kiamat akan turunlah Imam Mahdi. Ia tidak lain adalah keturunan dari Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam dari Fathimah binti Muhammad. Kedatangan Imam Mahdi akan membuat keadilan di seluruh dunia. Dunia akan menjadi aman dan tenteram sehingga domba dan serigala dapat digembalakan dalam tempat yang sama.
Imam Mahdi memiliki sifat seperti leluhurnya yakni Nabi Muhammad. Ia memiliki tanda kenabian di pundaknya seperti Nabi Muhammad SAW.
Imam Mahdi akan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Isa solat dibelakang Imam Mahdi. Ada beberapa tanda-tanda kemunculannya seperti:
1. Sungai Eufrat akan tersedut dan di situ terlihat gunung emas
2. Gerhana Bulan pada awal malam bulan Ramadhan dan Gerhana Matahari pada pertengahannya. Dua kejadian ini belum ada sejak penciptaan langit.
3. Kemunculan tanduk Dzu As-Sinin
4.Terbitnya bintang berekor yang bersinar
5. Api besar menyala dari arah timur selama tiga atau tujuh malam.
6. Langit menjadi gelap
7. Warna merah menyebar di langit, tetapi merahnya tidak seperti ufuk biasa.
8. Seluruh penduduk bumi dipanggil
Al Mahdi akan menegakkan agama seperti yang dilakukan Nabi Muhammad. Ia akan menguasai seluruh dunia sebagaimana Dzulqarnain dan Sulaiman.
Pada menjelang kiamat akan turunlah Imam Mahdi. Ia tidak lain adalah keturunan dari Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam dari Fathimah binti Muhammad. Kedatangan Imam Mahdi akan membuat keadilan di seluruh dunia. Dunia akan menjadi aman dan tenteram sehingga domba dan serigala dapat digembalakan dalam tempat yang sama. Imam Mahdi memiliki sifat seperti leluhurnya yakni Nabi Muhammad. Ia memiliki tanda kenabian di pundaknya seperti Nabi Muhammad SAW. Imam Mahdi akan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Isa solat dibelakang Imam Mahdi. Ada beberapa tanda-tanda kemunculannya seperti: 1. Sungai Eufrat akan tersedut dan di situ terlihat gunung emas 2. Gerhana Bulan pada awal malam bulan Ramadhan dan Gerhana Matahari pada pertengahannya. Dua kejadian ini belum ada sejak penciptaan langit. 3. Kemunculan tanduk Dzu As-Sinin 4.Terbitnya bintang berekor yang bersinar 5. Api besar menyala dari arah timur selama tiga atau tujuh malam. 6. Langit menjadi gelap 7. Warna merah menyebar di langit, tetapi merahnya tidak seperti ufuk biasa. 8. Seluruh penduduk bumi dipanggil Al Mahdi akan menegakkan agama seperti yang dilakukan Nabi Muhammad. Ia akan menguasai seluruh dunia sebagaimana Dzulqarnain dan Sulaiman.
Penghujung Zaman?
Subhanallah.
Sabda Rasulullah:“Kiamat itu ada dua…
Kiamat Sugra (Kecil)
Kiamat Qubra (Besar)

1-      Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman… Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S…
Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur…
Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi…
“Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya…
Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra… Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya… Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra…”

Ayat al-Quran:“Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh…”

“Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya… Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru…”____________________________________Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat …
Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia..
Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur…Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari).

Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.
Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am – 3am…Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..
Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi… Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)…

Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap…

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana.. (I read about this – it was called the Svalbard Global Seed Vault in Norway,) Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain).

Benarlah sabda RASULULLAH Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno
…Jadi bersedialah kita umat Islam…ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian… (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… Sekarang sudah 1435-1500=65 tahun hijrah…. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 65 tahun lagi..Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 20..…b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.

Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket…Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi…Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065…..c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011…(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa…..

.Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062…Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066…Wallahu’alam. ..

Semua ini telah dikaji…Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun…Kita telah berada di bumi ini selama 1435tahun…Cubalah anda kirakan sendiri…Beribadatlah wahai umat Islam sekalian…Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
.
(A17) ISRAEL RAYA DAN KEMUNCULAN DAJJAL Dalam kitab yahudi zionis , kitab talmud atau dikenali dengan nama 'Buku Hitam' , ada menyebut bahawa.. Dajjal tidak akan berhasil untuk muncul selagi israel raya belum terbentuk.. Sebenarnya , jika diteliti betul-betul , israel raya yang di idamkan oleh yahudi zionis , telah lama pun terbentuk dengan jayanya.. Bermula dari awal peperangan yang berlaku di Syria itulah pengakhiran kepada terbentuknya israel raya.. Sekaligus , menjayakan kemunculan dajjal.. Bertepatan dengan mimpi 8 ulama' Yaman yang menyatakan , dajjal telah muncul.. Tapi , kemunculannya masih dibelakang ta'bir lagi.. Masih di alam dimensi lain.. Jadi , untuk memunculkannya dari alam dimensi lain ke alam dimensi kita , alam nyata kita ini.. Satu ritual/upacara pengorbanan (freemason satanic ritual) mesti dilakukan.. Yang mana , sebelum ini , hanya dibuat kecil-kecilan saja.. Tapi , kali ini , mesti dalam skala besar-besaran pula.. Ritual pengorbanan yang melibatkan seluruh manusia dunia.. Agar dajjal dan sekutunya lebih kuat dan berkuasa untuk kali terakhirnya.. Sekaligus membuka 'Pintu-pintu' nya.. Untuk membolehkan dajjal keluar dari alam dimensi lain.. Ke alam dimensi nyata kita.. Itulah dia perang dunia ketiga.. Perang besar melibatkan seluruh dunia.. Satu upacara keagamaan mereka bagi mereka.. Dan Al Malhamah Kubro / perang akhir zaman bagi umat Islam.. Tapi , sebelum dajjal.. Imam Mahdi akan muncul dahulu.. Tanda-tanda kemunculannya satu persatu telah pun berlaku dan sedang berlaku.. Dan sedang menuju ke pengakhirannya.. Tinggal nampak tak nampak saja.. Sudahkah kita bersedia.. Menyahut seruan syahid darinya..?? ______________________________
Bro Hassan Al Malizi

(A17) ISRAEL RAYA DAN KEMUNCULAN DAJJAL
Dalam kitab yahudi zionis , kitab talmud atau dikenali dengan nama 'Buku Hitam' , ada menyebut bahawa..Dajjal tidak akan berhasil untuk muncul selagi israel raya belum terbentuk..Sebenarnya , jika diteliti betul-betul , israel raya yang di idamkan oleh yahudi zionis , telah lama pun terbentuk dengan jayanya..
Bermula dari awal peperangan yang berlaku di Syria itulah pengakhiran kepada terbentuknya israel raya..Sekaligus , menjayakan kemunculan dajjal..Bertepatan dengan mimpi 8 ulama' Yaman yang menyatakan , dajjal telah muncul..Tapi , kemunculannya masih dibelakang ta'bir lagi..Masih di alam dimensi lain..Jadi , untuk memunculkannya dari alam dimensi lain ke alam dimensi kita , alam nyata kita ini..Satu ritual/upacara pengorbanan (freemason satanic ritual) mesti dilakukan..Yang mana , sebelum ini , hanya dibuat kecil-kecilan saja..Tapi , kali ini , mesti dalam skala besar-besaran pula..
Ritual pengorbanan yang melibatkan seluruh manusia dunia..Agar dajjal dan sekutunya lebih kuat dan berkuasa untuk kali terakhirnya..Sekaligus membuka 'Pintu-pintu' nya..Untuk membolehkan dajjal keluar dari alam dimensi lain..Ke alam dimensi nyata kita..Itulah dia perang dunia ketiga..
Perang besar melibatkan seluruh dunia..Satu upacara keagamaan mereka bagi mereka..Dan Al Malhamah Kubro / perang akhir zaman bagi umat Islam..Tapi , sebelum dajjal..Imam Mahdi akan muncul dahulu..Tanda-tanda kemunculannya satu persatu telah pun berlaku dan sedang berlaku..Dan sedang menuju ke pengakhirannya..Tinggal nampak tak nampak saja..Sudahkah kita bersedia..Menyahut seruan syahid darinya..??Laluan kepada kekhalifahan di atas manhaj kenabian:
1.Panji Hitam Bani Abbas keluar dari Timur dan mendapat 'daulah' dan kemudian jatuh@dijatuhkan.
*Panji Hitam Bani Abbas adalah ISIS(2012) dan sekarang IS=Daulah Islam (2014).
2.As Sufyani akan naik memerintah di Syam selepas IS jatuh.
3.As Sufyani akan menyerang Khurasan
4. Dari Khurasan akan keluar Panji Hitam Pemuda Bani Hasyim menentang As Sufyani
5.Dari Khurasan akan keluar satu lagi Panji Hitam Pemuda Bani Tamim , bergabung dengan Panji Hitam Bani Hasyim menentang As Sufyani
6.Pemuda Bani Tamim mengetuai Pasukan Panji Hitam dari Khurasan
7.Perang jihad antara Pasukan Panji Hitam dari Khurasan dan tentera As Sufyani dari Syam selama 5-6 tahun...terlebih dahulu, sebelum,
8.Al Mahdi di baiat di Kaabah oleh 313 tentera Al Badar
9.Perang keatas Jazirah Arab
10. Ketaatan diserahkan kepada Al Mahdi di Syam
11. Al Mahdi membunuh As Sufyani dan Membebaskan Baitul Maqdis sebelum memerintah dari sana.
[ Nota: Tempoh masa antara No. 5 dan No. 10 adalah 6 TAHUN ]

Oleh itu boleh dikira( atau congak.. ) selepas ini, bila IS=Daulah Islam jatuh sahaja, bilakah "jangkaan" Pasukan Panji Hitam bakal keluar dari Khurasan.
Mahu menjadi sebahagian dari Pasukan Panji Hitam dari Khurasan?
Doa-USAHA-Tawakal.
Bukan Al Mahdi yang umat Islam patut agungkan dan tunggu-tunggu secara berlebihan, kerana Al Mahdi hanyalah makhluk, tarafnya hanya sebagai Mujaddid Akhir Zaman yang ditakdirkan dari Alhul Bait Rasulullah SAW, menunggu2 Al Mahdi tidak akan membuatkan seseorang mendapat kemuliaan seorang syuhada dan masuk syurga dengan izin Nya,
TETAPI saranan, gesaan dan perintah Rasulullah SAW kepada umatnya untuk mendatangi dan MEMBAIAT dan ikut serta ber-JIHAD FI SABILILLAH di bawah Panji Hitam dari Khurasan pimpinan Pemuda Bani Tamim itu yang patut disambut sebagai satu penghormatan terbesar kepada umat ini.
" Apabila kamu lihat Panji-panji Hitam keluar dari ( arah ) Khurasan, hendaklah kamu mendatangi dan membaiat mereka SEKALIPUN TERPAKSA MERANGKAK DI ATAS SALJI"
Bi IzniLLAH!s

Selasa, 18 Mac 2014

Kebaikan dan Khasiat Air Barli

Tidak tahu untuk memilih air apa yang mahu diminum sewaktu 'mengorder' di kedai makan? Selalunya apabila kita berada di kedai makan fikiran melayang-layang untuk minum air yang sedap-sedap. Air seperti milo, nescafe, teh ais dan sebagainya mula menghujani fikiran.

Air yang selalu kita minum
Perasan atau tidak sewaktu berada di kedai makan pasti akan ada pelanggan yang memilih untuk minum air suam?

Samada mereka tiada wang untuk memilih air lain atau tidak, apa yang pasti mereka memilih untuk sihat. Ya, Air suam adalah air yang elok untuk kesihatan berbanding air yang manis, banyak kafein dan mempunyai tahap gula yang melampau.

Tip menjaga kesihatan dengan air suam
Sebaiknya anda memilih air yang tepat dan sesuai untuk kesihatan anda.

Pada kali ini apa kata sewaktu kita berada di kedai makan kita memilih air ini pula:

Kebaikan air barli:

  1. Menyejukkan badan
  2. Melawaskan kencing
  3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  4. Merendahkan kolesterol
  5. Meredakan sembelit
  6. Mencegah penyakit kanser 
  7. Mengurangkan risiko kencing manis
Jom kita lihat apa yang ada dalam air barli:
  1. Fiber
  2. Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3)
  3. Thiamin (Vitamin B1)
  4. Selenium
  5. Iron
  6. Magnesium
  7. Zinc
  8. Phosporus
  9. Copper dan Niacin
  10. Tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin-bijirin lain
Kaya dengan khasiat

Sabtu, 22 Februari 2014

KHASIAT ASAM GELUGUR,,,ASAM KEPING

Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.


Khasiat asam keping

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Rabu, 12 Februari 2014


berbasikal meningkatkan daya ingatan ?

Sambil berehat dengan satu teko besar teh 'O' panas selepas pulang dari kayuhan pagi ini, aku melihat artikel yang disiarkan dalam akhbar hari ini. Rasanya tidak perlu untuk memberi komen tentang kandungan kajian yang dilakukan oleh para saintis London mengenai kelebihan senamam.
Apa yang menarik kajian tersebut secara khas menyatakan berbasikal meningkatkan keupayaan ingatan tidak kira kanak kanak atau orang dewasa. Ia akan dapat membantu pembelajaran kanak kanak. Sejauh manakah kajian yang dijalankan benar benar berkesan? Adakah keputusan tersebut boleh digunapakai disemua keadaan, tempat, ethnik masa, iklim, pemakanan dan lain lain?
Sesuatu yang menarik kerana selama ini kebanyakkan kita tahu  bahawa aktiviti berbasikal meningkatkan kesihatan tubuh badan. Sering juga kita dengar, berbasikal berupaya memulihkan tahap kesihatan orang yang menghidap penyakit tidak berjangkit termasuk kencing manis (diabetik), darah tinggi dan cardiavascular. Berbasikal dapat membesarkan bahagian penting otak .....?
Kenyataan ini membuatkan aku lebih berazam untuk meneruskan aktiviti ini sehingga bila bila. Diharapkan lebih ramai penduduk negara ini akan melakukan aktiviti ini. Bukan setakat itu, kita juga perlu mengalakkan anak anak kita samada yang bersekolah atau yang telah bekerja untuk menggunakan basikal. Jika boleh bukan sahaja menggunakan basikal pada waktu petang sebagai aktiviti riyadah tetapi jika keadaan membolehkan menyuruh mereka mengayuh basikal kesekolah seperti zaman kita bersekolah dahulu.
Aku bernasib baik kerana sekolah rendah dan menengah dimana aku belajar hanya lebih kurang 1 km dari rumah. Hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai kesekolah menggunakan basikal besar serbaguna kepunyaan ayah. Tidak ada peluang untuk memiliki basikal sendiri ketika itu. Ramai rakan yang berkayuh lebih dari 5 km sehala setiap hari untuk kesekolah. Pada masa tersebut hanya basikal biasa sahaja yang ada. Tiada rb, mtb, fixie atau chopper. Bayangkan pada musim hujan atau musim tengkujuh.
Kenapa diantara ribuan pelajar diseluruh negara yang mengayuh basikal kesekolah pada setiap hari, hanya beberapa peratus sahaja yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading? Apa jadi dengan selebihnya.
Walau apa pun teruskan aktiviti ini.

BERBASIKAL PUPUK GAYA HIDUP MASYARAKAT SIHAT
PDF Print E-mail
   
Penduduk Malaysia kebanyakannya mempraktikkan amalan berbasikal hanya ketika bersenam di pusat-pusat senaman  ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan aktiviti berbasikal. Itupun aktiviti tersebut kebanyakannya dilakukan oleh golongan muda sahaja. Aktiviti berbasikal bukannya aktiviti yang menjadi kegemaran ataupun pilihan utama masyarakat Malaysia.

Tahap kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia adalah kurang memuaskan kerana tahap obesiti rakyat Malaysia yang kian meningkat. Kebanyakan golongan obes ini bakal menjadi mangsa pelbagai masalah kesihatan.

Dalam satu kaji selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiliti Ketiga pada thaun 2006, menunjukkan bahawa 29.1% daripada 33,055 penduduk dewasa yang dikaji mengalami berat badan yang berlebihan (BMI 25,0-29,9). Kelaziman obesiti (BMI> 30) telah dilaporkan kepada 14.0%.

Salah satu cara yang paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal dalam kalangan rakyat. Di samping dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, aktiviti berbasikal juga menyumbang ke arah kesihatan penduduk Malaysia secara efektif dan secara kolektif. Persoalannya adakah aktiviti berbasikal adalah mendapat sokongan pendudk Malaysia?
Keadaan ini agak berbeza di beberapa buah negara lain. Berbasikal menjadi amalan seharian yang diterap dalam kehidupan seharian mereka.

Basikal digunakan sebagai pengangkutan utama rakyat negara tersebut dan kerajaan mereka sendiri menyediakan kemudahan laluan bagi pengguna basikal. Langkah ini untuk mengurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan sumber tenaga bahan api seperti kereta, motosikal dan sebagainya, yang menjadi punca kepada pencemaran udara.

Apabila menggunakan basikal, tiada pencemaran berlaku. Ini adalah salah satu cara pengangkutan efektif yang masih belum mendapat perhatian penduduk Malaysia mahupun kerajaan Malaysia. Negara-negara seperti Sweden dan China telahpun menggunakan basikal sebagai salah satu pengangkutan awam yang  utama. Rakyat negara-negara tersebut berbasikal untuk semua aktiviti harian mereka termasuk untuk pergi bekerja. Di negara-negara lain pula, basikal boleh disewa dengan mudah dan kemudahan infrastruktur untuk berbasikal juga disediakan dengan baik.

Infrastruktur-infrastruktur seperti tempat menyewa basikal, parkir basikal dan laluan basikal disediakan di jalan raya untuk menampung keperluan rakyat.  Di Amerika Syarikat dan Australia, disediakan laluan basikal yang berwarna sebagai sistem kod berwarna untuk menyampaikan
maklumat tertentu untuk pengguna basikal.

Salah satu faktor kejayaan utama penggunaan basikal sebagai pengangkutan kegemaran di negara-negara ini adalah kerana rakyatnya menyedari kebaikan menggunakan basikal untuk menjaga kesihatan dan memelihara alam sekitar. Mereka telah lama menggunakan basikal sebagai pengangkutan yang selamat, tidak mencemarkan alam sekitar, dan paling penting, dapat menjimatkan wang.

Kenderaan yang berasaskan teknologi hijau bermakna kenderaan tersebut tidak mengeluarkan gas-gas rumah hijau yang menjadi penyumbang kepada pemanasan global. Basikal adalah salah satu jenis kenderaan yang mempunyai yang selamat untuk persekitaran. 

Justeru itu, Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 daripada 2011-2015, perlu mempertimbangkan secara serius untuk membangunkan infrastruktur berbasikal untuk rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama, rakyat juga hendaklah menanamkan minat untuk menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk semua urusan mereka, bagi jarak perjalanan  10km - 15km dari rumah mereka.

Penggunaan basikal boleh dipraktikkan dalam pelbagai cara, contohnya;

  1. Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama tempat pengajian mereka bolehlah menggunakan basikal untuk perjalanan ke kampus
  2. Basikal boleh digunakan untuk pergi ke pasar / kedai
  3. Berbasikal untuk tempat bekerja, sekiranya jaraknya tidak terlalu jauh.
  4. Berbasikal untuk bersenam
  5. Berbasikal untuk berekreasi / menenangkan fikiran
  6. Basikal boleh digunakan untuk operasi ronda Rukun Tetangga
  7. Pertandingan berbasikal boleh diperkenalkan sebagai acara dalam sukan sekolah.

BERBASIKAL,,,,,,,,,

Berbasikal di luar kawasan rumah ialah satu bentuk keseronokan yang boleh diperolehi dengan mudah. Tetapi ia akan menjadi lebih berfaedah jika ia dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal.


Berbasikal adalah amat berkesan dan akan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran dan boleh dijadikan satu aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.



Kebaikan
  1. Sesungguhnya faedah yang amat baik bila kita berbasikal ialah boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik.
  2. Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengembirakan , terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.
  3. Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik.
  4. Semasa anda berbasikal, bermakna anda membuat latihan untuk bahagian bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anearobik, tanpa latihan keras.
  5. Mengelakkan berlaku kecederaan yang menghantui ramai pelari.
Keburukan
  1. Ia memerlukan peralatan yang mahal, terutama basikal yang baik , aksesori terpilih yang disarankan untuk aktiviti berbasikal.
  2. Basikal boleh memerlukan perhatian yang lebih dan boleh meragam semasa sedang menunggangnya.
  3. Berbasikal turut memerlukan laluan yang panjang dan permukaan jalan yang mencabar.
  4. Boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau perlanggaran. Kemahiran yang khusus adalah amat penting dalam mewujudkan aktiviti berbasikal yang mencabar dan menarik.
  5. Keadaan cuaca yang tidak baik boleh merencatkan usaha anda untuk mengikuti program yang telah disediakan ; untuk sebab keselamatan adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada berbasikal dalam cuaca hujan.

Bagaimana bermula ?
  1. Sebaik-baiknya , anda bermula dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima.
  2. Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
  3. Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah.
  4. Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.
PAKAIAN YANG DISYORKANTopi keselamatan
  1. Dapatkan satu yang berkualiti.
  2. Pastikan ia sesuai dengan saiz kepala anda!
Basikal
  1. Dapatkan sebuah basikal yang mempunyai 10 gear atau lebih dan ia sesuai dengan anda.
Mountain bike
  1. Gunakan basikal ini untuk berbasikal diluar kawasan jalanraya.
Sarung tangan
  1. Sarung tangan ini akan melindungi tangan anda jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Seluar track atau seluar pendek
  1. Melindungi peha dan betis.
Kasut
  1. Kasut ini boleh meningkatkan keupayaan anda mengayuh basikal.
Botol air
  1. Berguna untuk minum semasa sedang berbasikal.
Bungkusan
  1. Mengandungi alat membaiki kerosakan, peti bantu mula, nombor telefon kecemasan dan lain-lain.




PANDUAN UNTUK LATIHAN.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.

  1. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
  2. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
  3. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
  4. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antaran 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
  5. Sebaik anda sudah meningkat, tambahkan kadar kayuhan hingga 70-90 kayuhan seminit , tetapi selalu bermula dengan gear yang rendah pada ketetapan 55-60 kayuhan seminit untuk tujuan memanaskan badan.
  6. Untuk perlbagai dan meningkatkan cabaran, cuba mendaki kawasan bukit yang panjang jaraknya.
  7. Rehat semasa latihan boleh dilaksanakan jika anda sudah menunjukkan kemajuan. Tiga atau lima minit rehat boleh meningkatkan keupayaan anda, diikuti jangkamasa rehat yang memerlukan anda mengayuh dengan selesa dengan menggunakan gear rendah dalam masa 5 minit. Ulangi langkah ini untuk empat dan lima kali. Hadkan rehat semasa latihan sebanyak 2 kali seminggu.
  8. Tahap intensiti sepatutnya lebih rendah bila anda bersiar-siar disebabkan jangkamasa yang panjang berbanding latihan biasa. Latihan dalam jangkamasa pendek akan menjadikan anda kekal segar; manakala latihan jangkamasa panjang akan merosakkan rentak latihan anda dan menambahkan ketegangan otot.