KHASIAT ASAM GELUGUR,,,ASAM KEPING
Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang
dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu
amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan
banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap
makanan.
Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang
berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah
buahnya dikeringkan.
Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle
berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan
di Eropah.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah
menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu
mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh
manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara
asas.
HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada
lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat
penghasilan lemak.
Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu
dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA
juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno
(Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit,
tumor dan cirit-birit berdarah.
Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris,
dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan
dimakan sebagai jeruk.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk
merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut
dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam
gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam
telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya
adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga
bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di
celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian kumur dengan air suam.
DOA RASULULLAH KEPADA ANAS BIN MALIK DAN IBNU ABBAS
10 bulan yang lalu