Selasa, 1 Februari 2011

Saat kejatuhan Kapitalis ...Husni Yang Tak Mubarak,,,,,,,

Sejak dari Zaman Rasulullah S.A.W. lagi, pertembungan ideologi antara hak dan batil itu memang sudah ber'leluasa', apatah lagi pertembungan ideologi kapitalisme dan ideologi-ideologi yang bertentangan dengannya, seolah-olah semua ahli Harakah Islamiyah sudah lama me'ramal'kan keadaan ini akan berlaku sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah Taala.



Isu kebangkitan rakyat yang berlaku dewasa kini bukanlah suatu isu yang baru, bahkan perkara ini telah lama menjadi titik tolak terhadap perjalanan ekonomi dunia secara khusus dan perancangan yahudi secara umumnya, hinggakan tercetusnya sesuatu perang pun dek ideologi kapitalis yang ternyata sangat tidak adil. Namun, kerana ke'ego'an manusia yang tidak mahu menerima Islam sebagai 'The Best Way of Life' , maka wujudlah satu ideologi-ideologi lain seperti Sosialis umpamanya, kerana tidak meyakini kehebatan Islam itu sendiri.

Kebangkitan rakyat di Mesir yang berlaku sekarang ini telah pun membuka mata dari pelbagai pihak, termasuklah pakar ekonomi dunia yang meramalkan peningkatan inflasi, ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di sana, juga tidak terlepas dalam memikirkannya adalah sudah pasti individu-individu harakiyah Islam yang sentiasa mendoakan Islam terus dijulang tinggi dalam menjatuhkan regim Mubarak.

Hosni Mubarak, Perdana Menteri Mesir yang bakal 'terguling'
Saya mengakui bahawa tekanan yang diberikan kepada manusia untuk bangkit, bukanlah hanya sebab akidah semata-mata sebagaimana ulama' dan muslim haraki memperjuangkan, tetapi kerana faktor penindasan yang berlaku, sama seperti yang berlaku pada Zaman Nabi SAW yang agung. Dari dulu lagi saya sudah agak, jikalau pemerintahan regim Mubarak itu sekadar menindas umat Islam Palestin tanpa berkait dengan isu kebajikan rakyatnya sendiri, sudah pasti rakyat marhaen Mesir berdiam diri demi menjanjikan keselamatan masing-masing. Tetapi, apa yang berlaku disana adalah kerana berlaku penindasan kepada rakyatnya sendiri, apabila sistem kapitalis yang menjauhkan jurang antara golongan miskin dan kaya.

Berikut adalah kronologi kebangkitan rakyat Mesir yang berlaku bermula dengan tarikh yang disebutkan dibawah :

Selasa, 25 Jan 2011
Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011
Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011
menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Jumaat, 28 Jan 2011
Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011
Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011
Stesen TV, Al Jazeera ditutup. Kedutaan US di Kaherah meminta warga Amerika untuk tinggalkan Mesir. Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.

KITA SUDAH BIASA, CUMA TUNGGU MASA

Tidak lain tidak, Mesir saban di 'suap' dengan berita ekonomi yang sentiasa 'cemerlang' oleh kerajaan yang  mem'buta'. Atas 'kebaikan' ekonomi yang dicipta, banyaklah polisi-polisi cukai diwujudkan menyebabkan mereka sanggup menindas rakyat dengan memungut cukai sana sini. Perkara ini jugalah yang berlaku di Tunisia (perintis pertama kepada kebangkitan Negara-Negara Arab yang lain).

Mohamed Bouazizi
Mohammed Bouazizi (atau nama penuhnya Tarek al-Tayyib Muhammad ibn Bouazizi ) bukanlah merupakan anak muda yang mula ditindas, tetapi diantara yang tertindas di Tunisia. Jalan mengorbankan diri untuk menyedarkan rakyat Tunisia pada masa itu diambil sekaligus membentuk gelombang kebangkitan rakyat. Kebangkitan berlaku selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya selepas segala barang jualannya di rampas dan tiada wang utk membayar wang rasuah bagi melepaskan diri dari tindakan penguatkuasa.Yang lagi menghinakan - penguatkuasa wanita itu menampar Mohamed di khalayak ramai dan meludahnya, serta memukul nya degan di bantu 2 orang bawahan nya! Tak cukup dgn itu - penguasa itu memaki dan menghina arwah ayah Mohamed yg telah mati ketika Mohamed berusia 3 tahun!

Perkara yang sama berlaku kepada Mesir apabila dua rakyatnya dari golongan marhaen membakar diri di hadapan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di Mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yang sangat rendah. Berbeza dgn golongan bangsawan Mesir pada waktu ini yang makin meningkat pendapatan mereka.

Bagi orang kebanyakan, mereka melihat bahawa perlunya rakyat Malaysia mengambil berat dalam isu ini kerana beberapa faktor :

1. Pelajar Malaysia kini dalam bahaya di sana dan kononnya kerajaan Malaysia lewat bertindak. (ulasan seorang sahabat, "sekarang masih kuning, bila diisytihar merah baru bertindak?")

2. Mesir adalah negara kedua terbesar yang menerima bantuan ketenteraan daripada USA selepas negara Israel. Egypt is considered one of the United States' strongest allies in the Middle East and Arab World. (sumber)

3. Disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia.

Oleh itu, sama-samalah kita menilai kembali, dimanakah kedudukan kita pada waktu ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan