Rabu, 28 November 2012

DI MESIR,,,,,,,,YANG TAK ADA DI MALAYSIA,,,,,

Kuala Lumpur - by @tiewnama 

Presiden Mesir Mohamed Mursi menegaskan bahawa perintah perintah baru yang sedang beliau laksanakan hanya bersifat sementara, beliau sebaliknya telah pun mengusahakan sesi dialog untuk mencari penyelesaian politik ketika terpaksa berhadapan dengan halangan para hakim yang masih lagi menjadi orang kroni hosni mubarak yang pro israel sebelum dapat membentuk perlembagaan baru.

tujuan utama presiden mesir ini bertindak sedemikian adalah kerana mahu mengubah dasar perlembagaan mesir supaya ianya berupaya membuka pintu untuk menyerang negara haram israel yang menceroboh dan membunuh umat islam dan kristian palestine.

"presiden mengulangi sifat sementara akan langkah langkah yang diambilnya, yang tidak bertujuan untuk menumpukan kuasa tetapi untuk menyerahkanya kepada parlimen yang dipilih secara demokratik dan memelihara kesaksamaan badan kehakiman serta mengelakkannya daripada  dipolitikkan," 

di bawah deklarasi perlembagaan pada hari khamis lepas, Mursi boleh mengeluarkan apa apa keputusan atau langkah untuk melindungi revolusi yang mana ia adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada rayuan kerana umum tahu perlembagaan mesir ketika ini masih lagi mengekalkan bahawa mesir tidak boleh menyerang negara haram israel zionis atau mencampuri urusan negara Israel.

perkara tersebut mencetuskan bangkangan daripada para hakim dan pembangkang yang menuduh Mursi mengamalkan kuasa diktator walaupun keadaan semasa di mesir adalah rakyat mahukan perang jihad keatas israel zionis.

bagaimanapun kenyataan terbaru mengesahkan apa yang telah dikatakan pada hari khamis lalu bahawa langkah langkah yang akan dilaksanakan hanya sehingga perlembagaan baru diguna pakai dan pilihan raya diadakan kerana kerajaan islam mesir yang baru ini akan menukar perlembagaan baru yang berteraskan islam sejahtera dan berkuasa untuk meluluskan serangan dan pelancaran perang ke atas negara haram israel zionis.

ia dikatakan sangat perlu untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dalam kes rasuah serta jenayah lain semasa rejim Hosni Mubarak sebelumnya dan semasa tempoh peralihan, kenyataan tersebut merujuk kepada rejim lama Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan oleh demostarsi besar besaran kuasa anak muda pada awal tahun lepas, 

kira kira 850 orang penunjuk perasaan terbunuh dan hampir 2.5 juta memenuhi ruang dataran tahrir manakala beratus ratus lagi meninggal dunia sejak peristiwa jihad fisabilillah itu.

Mursi mengarahkan siasatan baru terhadap semua kematian dan dalam pada itu pendakwaraya yang baru Talaat Ibrahim Abdallah mengatakan mahkamah mahkamah revolusi akan ditubuhkan yang mana Mubarak dan anak anaknya serta ketua ketua keselamatan akan dibicarakan semula jika terdapat bukti baru.

Mubarak dan bekas menteri dalam negeri contoh Hishamuddin Hussien telah dihukum penjara seumur hidup atas pembunuhan penunjuk perasaan dalam kebangkitan anak muda mesir pada tahun lepas tetapi enam ketua keselamatan telah dibebaskan dalam kes yang sama

ini telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara mesir kerana mereka tidak faham ada juga yang terpaksa bertindak mengikut arahan pihak atasan walau tanpa kerelaan hati melihat penganiaan kejam terhadap anak muda yang terbunuh dalam jihad menggulingkan hosni mubarak. 

Mursi akan menemui majlis kehakiman agung pada hari ini manakala Menteri KeADILan beliau Ahmed Mekki mengadakan perbincangan awal dengan Majlis pada hari Ahad, demikian menurut jurucakap presiden Yasser Ali.

bekas ketua pemantau nuklear pertubuhan bangsa bangsa bersatu atau PBB Mohamed El Baradei yang juga pro israel zionis, bekas calon calon presiden Hamdeen Sabbahi, Amr Mussa dan Abdelmoneim Abul Futuh yang juga rakan sekutu israel zionis berkata dalam satu kenyataan bersama pada hari Sabtu bahawa mereka akan tidak berdialog dengan Mursi sehingga presiden Mesir itu membatalkan perintahnya.

di sekitar Dataran Tahrir pertempuran antara pihak polis dengan penunjuk perasaan anti Mursi atau pro israel zionis memasuki minggu kedua, dengan keganasan kadang kadang melimpah ke dataran.

sementara itu para penyokong Mursi turut berdemonstrasi pada hari Ahad di hadapan masjid masjid di kaherah dan di seluruh negara. menurut saksi, tunjuk perasaan menyokong presiden itu dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin dan umat islam dari seluruh mesir yang mana mereka mahukan perang jihad keatas israel zionis laknatullah.

polis anti rusuhan mula mendirikan halangan konkrit untuk memastikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir tidak menghampiri bangunan kerajaan berdekatan kerana umum tahu bahawa mereka ini adalah pro israel zionis dan sudah tentu mereka boleh melakukan apa saja untuk menghalang mesir dari menyerang israel zionis.

musri di tentang oleh golongan yang pro kepada israel dan seperti semulajadinya manusia, 
kita tidak dapat memuaskan hati semua manusia dan penyokong penyokong presiden mesir ini mahukan perlembagaan baru di buat dengan Al Quran dan As Sunnah di letakkan di peringkat paling tinggi dan menukar perlembagaan lapuk yang di buat oleh negara amerika dan british yang mana termaktub dalam perlembagaan mesir ''tidak boleh menyampuri hal-hal negara haram israel malah di wajibkan berdagang dengan israel zionis''

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :


Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Al Quran

Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith

Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah Al Quran
Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran
Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta
Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun
by @tiewnama - ini lah President Mursi yang media Malaysia pun tidak siarkan, 
Egyptian people live! long live revolution! Islamic constitutional life! final assault 
on the zionist israel!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan