Sabtu, 23 Oktober 2010

ASPIRA THE NEW PROTON,,,,,,MIVEC,,,2.0,1.8

Proton Waja replacement – model rebadge Mitsubishi Lancer

Posted by Evo 44 comments
Sejak kebelakangan ini isu berkenaan model kereta terbaru dari Proton memang panas. Semuanya gara-gara bocornya beberapa keping foto spyshot yang dikatakan model kereta terbaru daripada Proton iaitu pengganti Proton Waja. Sebelum ini memang sudah ada ura-ura tentang model pengganti Waja yang dikatakan bakal dibina berdasarkan model daripada Mitsubishi Lancer GT dan Lancer EX yang ketika ini sedang dijual di pasaran tempatan. Namun berita itu kurang diperkatakan kerana kekurangan bukti kukuh dan tiada sebarang pentunjuk yang jelas akan kebenarannya. Walau pun begitu beberapa kritikan pedas telah dilemparkan terhadap Proton oleh banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Proton jika benar Proton kembali melangkah ke belakang dengan melakukan projek rebadge sama seperti Perodua dan Naza.
Antara alasan yang digunakan oleh mereka ialah Proton telah berjaya membina kereta mereka sendiri sebelum ini dan untuk apa Proton kembali kepada produksi asas seperti pada tahun 80an dan awal 90an dulu. Bagi mereka Proton sepatutnya terus membina kereta baru hasil usaha mereka sendiri dan projek rebadge tidak akan membawa Proton ke mana-mana. Ada yang mempersoalkan kredibiliti Proton untuk terus bersaing dengan syarikat automotif lain apabila membuat keputusan untuk melancarkan Waja berdasarkan projek rebadge. Berbanding dengan kumpulan yang menentang, mereka yang menyokong Proton pula tampil membela Proton dan memberikan pelbagai kenyataan dan alasan berkenaan kewajaran Proton membina kereta baru dengan menggunakan platform kereta dari syarikat lain.
Foto spyshot pertama yang dikatakan bukti kukuh tentang model Waja Lancer diperolehi di Lapangan Terbang KLIA yang menunjukkan dua buah kereta yang dikatakan sebagai Waja baru berwarna hitam dan putih. Kedua-dua buah kereta itu dengan jelas menunjukkan bahawa itu adalah model daripada kereta Mitsubishi Lancer walaupun di bahagian bumper depan dan belakang, termasuk di beberapa bahagian lain ditutupi dengan cover berwarna hitam. Foto tersebut juga dengan jelas menunjukkan bahagian dalaman kedua-dua buah kereta itu dan sememangnya terdapat banyak perbezaan berbanding model Lancer asal yang sedang dijual oleh Mitsubishi. Salah satu nombor siri di bahagian enjin yang ditunjukkan juga didapati tertulis perkataan Proton dan dikatakan itu adalah bukti paling jelas tentang kewujudan model Waja Lancer.
Kemudiannya pada 2/8/2010, blog permotoran terkemuka tanah air iaitu Paultan telah memaparkan beberapa keping foto spyshot terbaru Proton Waja Lancer yang berjaya ditangkap di Pulau Pinang. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai resolusi tinggi yang sekaligus mengesahkan bahawa memang benar akan kewujudan model Waja terbaru yang dibina berdasarkan model Lancer. Secara tiba-tiba isu tersebut menjadi panas dan blog Paultan terus menjadi hit pada hari tersebut. Hanya dalam masa tiga hari saja post berkenaan foto-foto Waja Lancer itu menerima jumlah komen melebihi 800 komen. Semua komen-komen yang diberikan bersifat pro dan kontra antara golongan yang menyokong Proton dan golongan yang memperlekehkan tindakan Proton itu.
Isu tersebut juga mendapat perhatian Buletin Utama TV3 pada malam itu namun pihak pengurusan Proton tidak memberikan petunjuk jelas tentang foto-foto tersebut dan  mereka hanya mengatakan model terbaru mereka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2010 ini. Ramai yang masih tertanya-tanya akan kebenaran foto spyshot tersebut namun masih berharap yang itu adalah model sebenar Waja baru. Walaupun Proton terus dikritik hebat, hakikatnya ramai rakyat Malaysia yang seakan-akan tidak sabar menantikan model tersebut dilancarkan. Ramai yang menaruh harapan agar model tersebut dapat dijual dengan harga yang kompetetif dan mampu bersaing dengan kereta keluaran syarikat lain.
Nampaknya Proton perlu melancarkan segera model terbaru mereka itu tidak kira sama ada ianya sebuah Waja rebadge ataupun tidak. Suka atau benci, jika model kereta terbaru itu menarik dan dijual dengan harga yang kompetetif, kita boleh melihat volume jualan kenderaan Proton akan kembali meningkat. Proton mungkin sudah belajar dari kesilapan lampau apabila mereka mengeluarkan model yang menelan kos pelaburan tinggi seperti Waja, Gen2 dan Savvy yang boleh diistilahkan gagal dan tidak balik modal. Jadi apa salahnya Proton mengeluarkan sebuah model rebadge asalkan boleh dijual dalam jumlah yang banyak.
Adakah selepas ini Proton akan mengambil peduli terhadap projek terbaru mereka membina sebuah kereta baru bermula dari scratch? Jika projek rebadge berjaya, Proton sudah boleh melupakan hasrat untuk membina dan mengeluarkan model Proton Emas. Proton menjual kereta kepada negara luar dengan harga yang murah berbanding di Malaysia dan Proton boleh melakukannya. Seharusnya Proton terus melancarkan model rebadge kerana kos yang dilaburkan adalah rendah dan kebarangkalian keuntungan yang bakal diperolehi adalah tinggi. Proton tidak perlu peduli terhadap semua kritikan yang dilemparkan, lancarkan sahaja Waja Lancer dengan harga melebihi RM80k dan lihat  berapa volume jualannya, rakyat Malaysia pasti akan membelinya demi semangat patriotik. Kemudian jangan lupa untuk menjual Waja Lancer itu di Arab Saudi, Mesir dan Australia dengan harga di bawah RM40k. Proton telah berusia 25 tahun dan sememangnya Proton memang pakar dalam bisnes mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan