Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
SILA CLIK ALAMAT WEB DI BAWAH UNTUK PAPARAN JURNAL
SETERUSNYA #
SILA KLIK DI ULASAN UNTUK BERI ULASAN DAN KOMEN ANDA #
DOA RASULULLAH KEPADA ANAS BIN MALIK DAN IBNU ABBAS
10 bulan yang lalu
4 ulasan:
pada pendapat saya, pada zaman ini, komputer memainkan peranan penting terutamanya dalam p&p. komputer merupakan salah satu alat bantu mengajar yang terkini serta lebih mudah dikendalikan. jadi, guru patut mahir dan mengaplikasikan penggunaan komputer semasa proses p&p.
Pada pandangan saya,peranan komputer amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini kerana,ia memudahkan proses pembelajaran antara guru dan para pelajar.Penggunaan komputer akan membantu guru menarik minat pelajar dan memberikan lebih tumpuan kepada pembelajaran.
peranan komputer sangat penting dalam pembelajaran buat masa sekarang, ini kerana para pelajar dapat belajar dengan lebih menarik berdasarkan sistem ict sekarang yang dapat menarik perhatian pelajar, ini akan membuatkan pelajar lebih berminat untuk belajar
ya...memang xdapat disangkal lagi...ict dapat menarik minat pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran..
Catat Ulasan