Sabtu, 22 Februari 2014

KHASIAT ASAM GELUGUR,,,ASAM KEPING

Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.


Khasiat asam keping

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Rabu, 12 Februari 2014


berbasikal meningkatkan daya ingatan ?

Sambil berehat dengan satu teko besar teh 'O' panas selepas pulang dari kayuhan pagi ini, aku melihat artikel yang disiarkan dalam akhbar hari ini. Rasanya tidak perlu untuk memberi komen tentang kandungan kajian yang dilakukan oleh para saintis London mengenai kelebihan senamam.
Apa yang menarik kajian tersebut secara khas menyatakan berbasikal meningkatkan keupayaan ingatan tidak kira kanak kanak atau orang dewasa. Ia akan dapat membantu pembelajaran kanak kanak. Sejauh manakah kajian yang dijalankan benar benar berkesan? Adakah keputusan tersebut boleh digunapakai disemua keadaan, tempat, ethnik masa, iklim, pemakanan dan lain lain?
Sesuatu yang menarik kerana selama ini kebanyakkan kita tahu  bahawa aktiviti berbasikal meningkatkan kesihatan tubuh badan. Sering juga kita dengar, berbasikal berupaya memulihkan tahap kesihatan orang yang menghidap penyakit tidak berjangkit termasuk kencing manis (diabetik), darah tinggi dan cardiavascular. Berbasikal dapat membesarkan bahagian penting otak .....?
Kenyataan ini membuatkan aku lebih berazam untuk meneruskan aktiviti ini sehingga bila bila. Diharapkan lebih ramai penduduk negara ini akan melakukan aktiviti ini. Bukan setakat itu, kita juga perlu mengalakkan anak anak kita samada yang bersekolah atau yang telah bekerja untuk menggunakan basikal. Jika boleh bukan sahaja menggunakan basikal pada waktu petang sebagai aktiviti riyadah tetapi jika keadaan membolehkan menyuruh mereka mengayuh basikal kesekolah seperti zaman kita bersekolah dahulu.
Aku bernasib baik kerana sekolah rendah dan menengah dimana aku belajar hanya lebih kurang 1 km dari rumah. Hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai kesekolah menggunakan basikal besar serbaguna kepunyaan ayah. Tidak ada peluang untuk memiliki basikal sendiri ketika itu. Ramai rakan yang berkayuh lebih dari 5 km sehala setiap hari untuk kesekolah. Pada masa tersebut hanya basikal biasa sahaja yang ada. Tiada rb, mtb, fixie atau chopper. Bayangkan pada musim hujan atau musim tengkujuh.
Kenapa diantara ribuan pelajar diseluruh negara yang mengayuh basikal kesekolah pada setiap hari, hanya beberapa peratus sahaja yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading? Apa jadi dengan selebihnya.
Walau apa pun teruskan aktiviti ini.

BERBASIKAL PUPUK GAYA HIDUP MASYARAKAT SIHAT
PDF Print E-mail
   
Penduduk Malaysia kebanyakannya mempraktikkan amalan berbasikal hanya ketika bersenam di pusat-pusat senaman  ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan aktiviti berbasikal. Itupun aktiviti tersebut kebanyakannya dilakukan oleh golongan muda sahaja. Aktiviti berbasikal bukannya aktiviti yang menjadi kegemaran ataupun pilihan utama masyarakat Malaysia.

Tahap kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia adalah kurang memuaskan kerana tahap obesiti rakyat Malaysia yang kian meningkat. Kebanyakan golongan obes ini bakal menjadi mangsa pelbagai masalah kesihatan.

Dalam satu kaji selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiliti Ketiga pada thaun 2006, menunjukkan bahawa 29.1% daripada 33,055 penduduk dewasa yang dikaji mengalami berat badan yang berlebihan (BMI 25,0-29,9). Kelaziman obesiti (BMI> 30) telah dilaporkan kepada 14.0%.

Salah satu cara yang paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal dalam kalangan rakyat. Di samping dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, aktiviti berbasikal juga menyumbang ke arah kesihatan penduduk Malaysia secara efektif dan secara kolektif. Persoalannya adakah aktiviti berbasikal adalah mendapat sokongan pendudk Malaysia?
Keadaan ini agak berbeza di beberapa buah negara lain. Berbasikal menjadi amalan seharian yang diterap dalam kehidupan seharian mereka.

Basikal digunakan sebagai pengangkutan utama rakyat negara tersebut dan kerajaan mereka sendiri menyediakan kemudahan laluan bagi pengguna basikal. Langkah ini untuk mengurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan sumber tenaga bahan api seperti kereta, motosikal dan sebagainya, yang menjadi punca kepada pencemaran udara.

Apabila menggunakan basikal, tiada pencemaran berlaku. Ini adalah salah satu cara pengangkutan efektif yang masih belum mendapat perhatian penduduk Malaysia mahupun kerajaan Malaysia. Negara-negara seperti Sweden dan China telahpun menggunakan basikal sebagai salah satu pengangkutan awam yang  utama. Rakyat negara-negara tersebut berbasikal untuk semua aktiviti harian mereka termasuk untuk pergi bekerja. Di negara-negara lain pula, basikal boleh disewa dengan mudah dan kemudahan infrastruktur untuk berbasikal juga disediakan dengan baik.

Infrastruktur-infrastruktur seperti tempat menyewa basikal, parkir basikal dan laluan basikal disediakan di jalan raya untuk menampung keperluan rakyat.  Di Amerika Syarikat dan Australia, disediakan laluan basikal yang berwarna sebagai sistem kod berwarna untuk menyampaikan
maklumat tertentu untuk pengguna basikal.

Salah satu faktor kejayaan utama penggunaan basikal sebagai pengangkutan kegemaran di negara-negara ini adalah kerana rakyatnya menyedari kebaikan menggunakan basikal untuk menjaga kesihatan dan memelihara alam sekitar. Mereka telah lama menggunakan basikal sebagai pengangkutan yang selamat, tidak mencemarkan alam sekitar, dan paling penting, dapat menjimatkan wang.

Kenderaan yang berasaskan teknologi hijau bermakna kenderaan tersebut tidak mengeluarkan gas-gas rumah hijau yang menjadi penyumbang kepada pemanasan global. Basikal adalah salah satu jenis kenderaan yang mempunyai yang selamat untuk persekitaran. 

Justeru itu, Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 daripada 2011-2015, perlu mempertimbangkan secara serius untuk membangunkan infrastruktur berbasikal untuk rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama, rakyat juga hendaklah menanamkan minat untuk menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk semua urusan mereka, bagi jarak perjalanan  10km - 15km dari rumah mereka.

Penggunaan basikal boleh dipraktikkan dalam pelbagai cara, contohnya;

  1. Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama tempat pengajian mereka bolehlah menggunakan basikal untuk perjalanan ke kampus
  2. Basikal boleh digunakan untuk pergi ke pasar / kedai
  3. Berbasikal untuk tempat bekerja, sekiranya jaraknya tidak terlalu jauh.
  4. Berbasikal untuk bersenam
  5. Berbasikal untuk berekreasi / menenangkan fikiran
  6. Basikal boleh digunakan untuk operasi ronda Rukun Tetangga
  7. Pertandingan berbasikal boleh diperkenalkan sebagai acara dalam sukan sekolah.

BERBASIKAL,,,,,,,,,

Berbasikal di luar kawasan rumah ialah satu bentuk keseronokan yang boleh diperolehi dengan mudah. Tetapi ia akan menjadi lebih berfaedah jika ia dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal.


Berbasikal adalah amat berkesan dan akan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran dan boleh dijadikan satu aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.



Kebaikan
  1. Sesungguhnya faedah yang amat baik bila kita berbasikal ialah boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik.
  2. Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengembirakan , terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.
  3. Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik.
  4. Semasa anda berbasikal, bermakna anda membuat latihan untuk bahagian bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anearobik, tanpa latihan keras.
  5. Mengelakkan berlaku kecederaan yang menghantui ramai pelari.
Keburukan
  1. Ia memerlukan peralatan yang mahal, terutama basikal yang baik , aksesori terpilih yang disarankan untuk aktiviti berbasikal.
  2. Basikal boleh memerlukan perhatian yang lebih dan boleh meragam semasa sedang menunggangnya.
  3. Berbasikal turut memerlukan laluan yang panjang dan permukaan jalan yang mencabar.
  4. Boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau perlanggaran. Kemahiran yang khusus adalah amat penting dalam mewujudkan aktiviti berbasikal yang mencabar dan menarik.
  5. Keadaan cuaca yang tidak baik boleh merencatkan usaha anda untuk mengikuti program yang telah disediakan ; untuk sebab keselamatan adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada berbasikal dalam cuaca hujan.

Bagaimana bermula ?
  1. Sebaik-baiknya , anda bermula dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima.
  2. Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
  3. Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah.
  4. Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.
PAKAIAN YANG DISYORKANTopi keselamatan
  1. Dapatkan satu yang berkualiti.
  2. Pastikan ia sesuai dengan saiz kepala anda!
Basikal
  1. Dapatkan sebuah basikal yang mempunyai 10 gear atau lebih dan ia sesuai dengan anda.
Mountain bike
  1. Gunakan basikal ini untuk berbasikal diluar kawasan jalanraya.
Sarung tangan
  1. Sarung tangan ini akan melindungi tangan anda jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Seluar track atau seluar pendek
  1. Melindungi peha dan betis.
Kasut
  1. Kasut ini boleh meningkatkan keupayaan anda mengayuh basikal.
Botol air
  1. Berguna untuk minum semasa sedang berbasikal.
Bungkusan
  1. Mengandungi alat membaiki kerosakan, peti bantu mula, nombor telefon kecemasan dan lain-lain.




PANDUAN UNTUK LATIHAN.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.

  1. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
  2. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
  3. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
  4. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antaran 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
  5. Sebaik anda sudah meningkat, tambahkan kadar kayuhan hingga 70-90 kayuhan seminit , tetapi selalu bermula dengan gear yang rendah pada ketetapan 55-60 kayuhan seminit untuk tujuan memanaskan badan.
  6. Untuk perlbagai dan meningkatkan cabaran, cuba mendaki kawasan bukit yang panjang jaraknya.
  7. Rehat semasa latihan boleh dilaksanakan jika anda sudah menunjukkan kemajuan. Tiga atau lima minit rehat boleh meningkatkan keupayaan anda, diikuti jangkamasa rehat yang memerlukan anda mengayuh dengan selesa dengan menggunakan gear rendah dalam masa 5 minit. Ulangi langkah ini untuk empat dan lima kali. Hadkan rehat semasa latihan sebanyak 2 kali seminggu.
  8. Tahap intensiti sepatutnya lebih rendah bila anda bersiar-siar disebabkan jangkamasa yang panjang berbanding latihan biasa. Latihan dalam jangkamasa pendek akan menjadikan anda kekal segar; manakala latihan jangkamasa panjang akan merosakkan rentak latihan anda dan menambahkan ketegangan otot.