Rabu, 12 Februari 2014

Berbasikal untuk jantung yang sihat
Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon "endorphin", ia juga membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam keadaan optimum. Kajian terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.

Ramai yang mengetahui bahawa berbasikal merupakan antara cara terbaik untuk kekal sihat dan cergas. Berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki. Berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih besar.

Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak badan dan mengurangkan selulit. Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.

Mampu mengawal tekanan darah

Berbasikal meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat (Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995). Ia juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40% (Journal of Internal Medicine, 2000).

Mengurangkan paras kolesterol `jahat'

Berbasikal juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri, lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis. Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia. (Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).

Terdapat banyak tip latihan yang dapat anda amalkan untuk meningkatkan prestasi berbasikal. Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk menguatkan badan dan mencergaskan diri semasa senaman:

Pemakanan yang seimbang - Amalan pemakanan yang baik merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang terpakai serta menghasilkan tenaga.

Menghidratkan tubuh - Penyahhidratan mengehadkan prestasi anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.

Kekal fleksibel - Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar, manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara perlahan-lahan.

Mendapatkan tidur yang cukup - Kebaikan tidur memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal sihat.

Kebaikan berbasikal..

As'salammualaikum dan salam sejahtera..

Walaupun banyak acara berbasikal teman2 UGCC sertai tp tiada yg ada masa untuk melaporkan disini jadi aku mengambil keputusan menulis tentang kebaikan aktiviti berbasikal ni kepada pengemarnya termasuklah diri aku sendiri..

Sebenarnya banyak kebaikan untuk kesihatan apabila kita berbasikal..

Mari kita lihat antara kebaikan2nya..

Berbasikal cara paling mudah untuk bersukan(beriadah),anda boleh berkayuh hampir kemana sahaja,bila2 masa sepanjang tahun,tanpa perlu mengempiskan poket dan mengurangkan kekayaan anda..

Ramai orang berhenti dari bersukan kerana sukan diceburi memerlukan skil2 yg tinggi,tidak mempunyai masa mencukupi menyertai sukan berkumpulan serta memerlukan belanja besar yg membebankan..

Kebanyakan dari kita tahu menunggang basikal dan sekali telah belajar berkayuh pasti tidak akan lupa,apa yg diperlukan adalah basikal,30 minit berkayuh ke sana sini yg bersesuaian serta sedikit keyakinan diri..

Berbasikal secara regular menguatkan otot kaki terutama sendi2 dibahagian lutut,peha,pangkal peha dan pinggul..
Berbasikal juga membina stamina dan sangat efektif kerana kita enjoy mengayuh tanpa menyedari akan berkayuh lebih jauh dari kayuhan sebelumnya..

berbasikal juga menambah baik kekuatan jantung(cardiovascular fitness) dari 3-7peratus..

Berbasikal juga menggunakan kumpulan otot2 terbesar seperti keseluruhan bahagian kaki juga sebahagian anggota atas badan,menggekalkan degupan jantung yg sepatutnya serta menambah stamina dan kecergasan..

Berkayuh juga akan membakar kalori,satu cara terbaik untuk menggurangkan berat badan,anggaran 300 kalori terbakar selama satu jam berkayuh.jika anda berkayuh 30 minit setiap hari anda berjaya kurangkan lemak 11 pounds setahun..
Mengikut British Medical Association,berkayuh 20 batu seminggu akan menggurang risiko penyakit2 berkaitan jantung sehingga 50 peratus..
Mengayuh akan memperbaiki kordinasi seluruh tubuh badan seperti tangan ke kaki,kaki ke kepala dan badan ke mata..

Berbasikal juga akan mengurangkan tekanan dan deprasi serta lebih mematangkan individu tersebut bg menjadi manusia lebih berguna(sabar,tolerensi,bantu membantu dll)..

Berkayuh dipinggir hutan contohnya akan mendekatkan diri ke alam semula jadi serta dapat menghirup udara segar dan keluar dari kepompong pencemaran..

Jadi kepada yg belum lg memulakan aktiviti ini cepat cari basikal,yg murah2 pun tak apa serta tak perlu seluar ketat baju sendat yg perlu hanya kerajinan berkayuh bila berkelapangan atau yg terbaiknya pada setiap hari demi menambah baik kan kesihatan anda,sama ada ianya salah satu cara untuk bersukan atau pun digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja atau pun kegunaan harian anda..

berbasikal untuk kesihatan,,,,,,,,

Faedah Mengayuh Basikal


Basikal Giant ni dah lama aku beli. Masa beli dulu semangat aku tengah membuak buak nak menjaga kesihatan. Dengan kerja yang banyak di pejabat memang sukar nak berjoging ataupun pergi ke gym dengan kerap. Bila di fikir fikir aku rasa membeli basikal senaman ini adalah langkah terbaik bagi menjaga kesihatan. Pertama sekali mungkin lebih menjimatkan masa dan boleh bersenam mengikut kesesuaian waktu yang aku ada.
Aku ada sebuah lagi basikal Mountain Bike tapi lebih banyak di simpan dari di gunakan. Mengapa lebih banyak di simpan. Seperti biasa ada saja alasan aku. Hari panaslah, nak hujanlah, kereta banyak di jalanrayalah, yang sebenarnya aku yang malas nak mengayuh basikal. Lebih rela menggunakan motosikal untuk membeli akhbar di hari minggu walaupun kedai tak lah jauh mana pun. Manusia ni kan ada sikap hidup nak senang sentiasa :)
Hari ni cerita utama bukan pasal kemalasan aku nak berbasikal. Rasanya sindrom malas nak kayuh basikal ni mesti ada pada semua orang. Nak berkongsi cerita sedikit pasal kebaikan yang ada pada aktiviti berbasikal. Aku pasti semua orang akan bersetuju kalau aku katakan berbasikal adalah salah satu kaedah senaman yang paling baik bagi kita. Malahan dikatakan berbasikal adalah lebih baik dari berjoging.
Mengayuh basikal akan menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan , perut dan sebagainya. Malahan berbasikal dapat mengelakkan kecederaan lutut bagi orang yang sudah berusia berbanding dengan berlari. Di kampung kampung masih boleh di lihat ramai warga emas yang gemar menggunakan basikal. Kebanyakkan dari mereka bertubuh tegap dan masih sihat walaupun usia telah melebihi angka 70 tahun. Keupayaan mereka berbasikal menggambarkan yang mereka ini bebas dari sakit sakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Berbasikal juga membuktikan yang mereka ini tidak nyanyuk dan memiliki otak yang sihat. Tahukah kita orang gila tidak boleh berbasikal. Berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan yang tinggi bagi menyeimbangkan badan. Ini tidak mampu di lakukan oleh orang yang tidak waras. kalau tak percaya anda ambil basikal dan beri pada orang gila, mesti dia akan kayuh masuk ke dalam sungai. Sebab tu kita katakan orang gila otak tak centre. Bunyinya melucukan tetapi ianya telah disahkan oleh pakar. (Orang gila dan bodoh bodoh alang tidak sama yer :) )
Baru baru ini sekumpulan doktor pakar saraf dari University Gothenburg Sweden menyatakan berbasikal adalah cara yang paling baik untuk bebas dari Migrain (sakit kepala). Hasil kajian yang telah mereka lakukan ke atas pesakit migrain mendapati berbasikal akan menghasilkan tindak balas yang mampu menghilangkan stress dan membaiki kualiti tidur dan ianya akan menstabilkan denyutan di kepala. Lama kelamaan pesakit akan sembuh secara semula jadi.
Banyak sangat kelebihan berbasikal. Kalau nak cerita lagi nanti panjang berjela jela tak lalu pula korang nak baca. Sekarang ni ada bermacam macam jenis basikal kesihatan yang di jual. Dari yang murah sampailah kepada yang semahal mahalnya. Yang paling penting sekali di sini ialah disiplin. Kalau kita beli basikal tapi tak ada disiplin dan kekuatan dalam diri maka nanti jadilah basikal tu seperti tukun tiruan di dalam lautan haha :) .
Apa pandangan korang tentang aktiviti berbasikal. Rajin rajinlah yer berbasikal. Jimat, murah dan yang paling penting dia menjauhkan kita dari penyakit. Oh! yer. Kalau anda tidak sihat jangan lakukan apa apa aktiviti senaman. Ianya amat merbahaya kepada nyawa anda. Pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu dan sekiranya tiada apa apa yang membimbangkan bolehlah bersenam seperti biasa.